skip to main |
skip to sidebar
- Jika memakan haiwan yang diharamkan atau makanan yang mengandungi bahan daripada haiwan itu, pemakannya akan mewarisi sifat kebinatangan haiwan itu. Manusia yang makan khinzir akan bersifat seperti khinzir pada kelakuannya seperti tamak dan mementingkan diri.
- Allah tidak menerima doa mereka yang makan makanan haram. Segala amalan kebajikan seperti solat, haji, dan lain-lain akan tergantungkan pahalanya. Allah tidak memandang wajah orang yang makan makanan Haram. Segalanya tiada nilai di sisi Allah hidangan dan pakaian makhlukNya bersumberkan yang haram.
- Kehidupan tidak tenang dan tidak tenteram. Rasulullah pernah bersabda (mafhumnya): "Ada seorang lelaki datang dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus, penuh dengan debu lalu dia mengangkat tangannya ke langit sambil berdoa 'Wahai Tuhanku!' walhal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makanan yang haram pula. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan?” ( HR Muslim & Tarmizi ).
- Hati sukar memahami dan menerima kebenaran walaupun menyedari bahawa dirinya berada dalam kedudukan batil.
- Hilang rasa sensitif terhadap perkara yang baik. Tidak bersemangat untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan. Hilang rasa cemburu atau rasa bimbang terhadap anak dan isteri walaupun mereka melakukan perkara-perkara berdosa di hadapannya. Tidak timbul perasaan untuk melarang atau memarahi isteri dan anak-anak yang melakukan maksiat.
- Bersemangat melakukan maksiat. Jiwa terasa segar bugar untuk menyertainya walaupun terpaksa menghabiskan wang. Sebaliknya apabila mendengar program-program akhirat, maka seribu alasan akan dibentangkan untuk mengelakkan diri daripada melakukannya.
- Kepintaran dan kelebihan digunakan untuk melakukan kejahatan. Pemberian Allah yang melimpah ruah hanya terdorong untuk digunakan di jalan maksiat.
- Mewarisi penyakit seperti yang banyak berlaku hari ini. Contohnya seperti wabak SAR , JE, H1N1 dan lain-lain. Manusia mungkin tidak makan makanan haram seperti babi dan arak secara langsung/nyata, tetapi bahan-bahan berasaskan kedua-duanya amat banyak dimasukkan ke dalam makanan dan perubatan hari ini.
Powered By Blogger | Portal Design By mbiz design © 2009 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top