Profile MBIZ

Kumpulan Usahawan Muslimah (MBIZ) ditubuhkan oleh 7 usahawan muslimah daerah Manjung Perak pada 8 Mac 2007 dengan objektif memajukan perniagaan sedia ada dan menggerakkan idea keusahawanan di kalangan wanita/muslimah setempat.

Aktiviti 7 usahawan MBIZ bermula dengan langkah memasarkan produk secara bersama di bawah satu pengurusan. Produk awal yang dipasarkan ialah pakaian dan barangan penjagaan badan yang dihasilkan sendiri.

Menginsafi keperluan bekalan makanan yang benar-benar HALAL, BERSIH dan BERKUALITI, maka MBIZ mengorak langkah memproses dan memasarkan produk makanan untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam arus peningkatan kesedaran masyarakat tentang penggunaan produk halal. Kini MBIZ disertai oleh 13 usahawan muslimah pelbagai latar belakang dan kepakaran.

Setelah terlibat memasarkan 21 produk secara runcit-terus dan melalui wakil jualan selama hampir 3 tahun, MBIZ terpanggil untuk turut serta dalam pasaran on-line yang semakin mendapat tempat di kalangan pengguna Malaysia. Bazaar Muslimah on-line ini bermula secara resmi pada 1 Januari 2010.

Prinsip MBIZ ialah "KAMI SERIUS DAN KOMITED tentang HALAL, SUCI dan KUALITI". Produk kami dihasilkan oleh usahawan MBIZ sendiri di bengkel-bengkel milik peribadi dan secara 'home-based - home-made'.

Pelanggan kami ialah pengguna yang tidak berkompromi tentang produk HALAL.

 
Powered By Blogger | Portal Design By mbiz design © 2009 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top